Mengenai Kami

Selamat Datang ke Hazirah.co

Mengukuhkan Rekod Kewangan dan Mendukung Kejayaan Perniagaan Anda

Firma kami menawarkan perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan – One Stop Solutions – kepada Usahawan yang ingin memulakan, mengurus dan membangunkan perniagaan mereka di Malaysia. Perkhidmatan kami yang lengkap merangkumi pendaftaran syarikat, perakaunan, perundingan cukai serta perkhidmatan sumber manusia.

Pengasas Firma kami juga adalah seorang usahawan yang mempunyai misi dalam membantu syarikat-syarikat kecil untuk berjaya melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam perniagaan.

Firma ini adalah ahli kepada institusi professional seperti berikut:

    · Malaysian Institute of Accountants (MIA)

Cara Bekerja Era Baru

Perakaunan yang tepat untuk perniagaan anda

Sama ada anda baru memulakan perniagaan atau bersedia untuk menukar penasihat kewangan yang baru. Firma kami mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk sedia mengambil alih dan menyokong perniagaan anda. Berikut sebab Firma kami adalah penasihat kewangan yang terbaik untuk anda:

Kami menyokong proses pembelajaran

Firma kami telah memperbaharui perkhidmatan pendaftaran syarikat dan perakaunan. Sebagai penasihat perniagaan yang dipercayai, kami akan memberi nasihat secara proaktif dalam semua aspek pematuhan dan kewangan perniagaan anda. Hal ini untuk memastikan perniagaan anda dimulakan dengan baik dan akan terus berkembang dengan jayanya.

Kami melangkah bersama anda dalam setiap proses

Matlamat kami adalah untuk membina hubungan sepanjang hayat dengan anda dengan memastikan anda menerima perkhidmatan yang cepat dan berkualiti setiap kali anda berinteraksi dengan kami. Kami menghargai setiap tugas yang diberikan kepada kami dan kami memastikan semua kerja disampaikan tepat pada waktunya dan juga dengan kualiti yang tertinggi. Kami memberikan jaminan terbaik untuk setiap perkhidmatan kami.

Kami adalah solusi kepada pengurusan pentadbiran anda

Ramai usahawan / perniagaan telah membuang masa dan wang mereka yang berharga pada tugas pentadbiran yang tidak perlu seperti kunjungan berulang ke agensi kerajaan / bank disebabkan tiada prosedur, berurusan atau mengkoordinasi yang jelas ditambah lagi dengan kumpulan konsultan yang berbeza, menyelidiki nasihat teknikal atau pilihan yang berbeza-beza.

Kami memberikan solusi mengikut kepentingan individu usahawan / perniagaan anda. Nasihat perniagaan dipersonalisasikan sesuai mengikut situasi individu usahawan / perniagaan anda. Kajian yang teliti kami berikan adalah perkhidmatan VIP untuk membuahkan nasihat yang relevan dan mudah difahami oleh anda.

Kami memberikan harga telus tanpa cas-cas tersembunyi

Firma kami tidak akan mengenakan yuran tersembunyi dan cas-cas tambahan. Kami telus menampilkan harga setiap perkhidmatan dan harga keseluruhan untuk setiap tugas sebelum memulakan sebarang kerja.

Perkhidmatan menyeluruh kami ditawarkan sebagai pakej yang memberi nilai terbaik atau menu “a la carte”, kami akan memastikan anda mendapatkan perhatian dan penjagaan yang anda perlukan tanpa perlu membayar perkhidmatan tambahan yang tidak berkaitan dengan perniagaan anda.

Kami bersama sepanjang hayat perniagaan anda

Fokus utama kami adalah membantu usahawan dan pemilik perniagaan memulakan, mengurus, dan membesarkan syarikat mereka. Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat dari pelbagai saiz dan menawarkan produk, perkhidmatan, dan alat yang menyediakan sokongan kepada syarikat-syarikat tersebut sepanjang hayat perniagaan mereka.